CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, September 25, 2009

Kembara ilmu bermula: Oman...

23 Mei 2009


Seawal jam 5 pagi kak long bangun untuk menyiapkan sarapan pagi .Agak sibuk sekali dia memasak di dapur. Nur terharu melihat kak long bangun di awal pagi bersusah payah menyiapkan breakfast.Nur pula sibuk menguruskan diri.Setelah siap mandi dan berpakaian,kak long memanggil Nur untuk membantunya di dapur," Ijah tolong potong kek coklat ni.kak long nak mandi dan siapkan anas dan hakim".Tanpa berlengah Nur ke dapur.Kak long sedikit merungut kerana kek coklat yang dibuatnya semalam kering. Nur katakan kek coklat tu ok je,sedap walaupun kurang lembap.

"Ijah..cepat kita dah lewat ni nak ke airport.Kene berkumpul pukul 830 kan..".Kami bertolak tepat pukul 730 pagi dari rumah kak long di Taman Sri Nanding,Hulu Langat. Dalam perjalanan ke airport banyak benda yang bermain di fikiran Nur. Ini merupakan pengembaraan pertama ke luar negara. Perasaan bercampur baur,gembira,takut,gelisah,dan bermacam-macam lagi.."Ibu,tu aeroplane yang cik jah nak naik ke?"soal Abid Hakim sambil mengangkat tangan ke langit melihat kapal terbang.

Kami tiba di Klia pada pukul 835 pagi.Lapangan terbang yang tersangat luas. Nur tercari-cari gate nombor 7,tempat berkumpul rombongan yang akan berlepas ke Oman.Ketika sedang menaiki escalator telefon berdering "Faizah kat mana sekarang? semua peserta dah ada kat sini kecuali Faizah." ujar ketua Nur,kak Salsabil.Makin kelam kabut Nur mencari gate 7. Dan alhamdulillah jumpa juga. Sampai sahaja di situ Nur terus beratur untuk mengambil tiket dan untuk proses menimbang bagasi.Setelah selesai,Ustaz Fakhruddin selaku ketua penyelaras memberi sedikit penerangan dan nasihat.Pengarah Akademi Pengajian Islam juga turut hadir mengucapkan selamat tinggal kepada rombongan kami.





Tepat jam 10 pagi kami dikehendaki masuk ke balai pelepasan. Beberapa kali Nur mencium Hakim.Dia nampak sugul melihat pemergian Nur,sayu..Nur melambai-lambai ke arah kak long sekeluarga menuju masuk ke balai pelepasan..Dua kali pemeriksaan dibuat bagi memastikan para penumpang tidak membawa barang yang dilarang. Kami terpaksa menunggu beberapa minit sebelum masuk ke dalam kapal..dan masa ni sempat lagi posing,hihi



wajah2 ceria di balai pelepasan


Tepat pukul 11 pagi kami masuk ke dalam kapal. Kami di sambut mesra oleh pramugara dan pramugari penerbangan Gulf Air. Nur duduk bersebelahan dengan Najla dan Ain. Penerbangan ke Bahrain Airport mengambil masa 8 jam. Kami terpaksa transit dahulu di Bahrain kerana tidak ada penerbangan terus Kuala Lumpur ke Oman. Dan kami terpaksa menunggu selama 5 jam di Bahrain Airport untuk menaiki kapal seterusnya ke Muscat,Oman. 8 jam berada di dalam kapal tidak terasa. Nur meluangkan masa dengan membaca majalah Gulf Air yang ditulis dalam bahasa Arab dan Inggeris. Setelah agak bosan,Nur buka skrin dan tengok option yang ada. Terasa kagum dengan kehebatan teknologi manusia. Dari skrin Nur dapat melihat lokasi kapal..dari Kuala Lumpur merentasi Indonesia,India,Laut Arab..kagum melihat gumpalan awan bak gula-gula kapas,lautan yang terbentang luas,hutan menghijau,rumah ibarat kotak kertas..kecil dan tersangat kecil..terasa betapa kerdilnya diri ini..





Dek bosan yang makin mencengkam,Nur tengok option lain yang ada. Filem,games,news..Nur pilih filem..Nur pilih filem Slumdogs..tengok sambil mata dah mula nak tertutup...mengantokk..
Tersedar apabila terasa bahu disentuh. Rupanya pramugari." Mis,pasta or briyani?"ramah pramugari." briyani" Nur menjawab dengan mata yang masih berpisat. "drink,mango,orange,coke,water?"..."give me mango,thank you" jawab Nur. Agak berselera Nur dan sahabat lain makan..seusai makan Nur kembali menonton filem yang terhenti kerana tidur..dan selepas seketika..mata kembali berat..ZzzzZ...semoga selamat sampai ke lapangan terbang Bahrain..


me and bantal bucukk yg di bagi..

Monday, May 11, 2009

Pesan buat Wanita : "kerana dirimu begitu berharga"

Bismillahirrahmanirrahim..salam alaik..

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t semata-mata.Selawat dan salam ke atas junjugan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah menyebarkan bunga-bunga Islam ke seluruh alam maya.Tanpa dakwah Nabi dan para sahabat mana mungkin hari ini kita dapat mengecapi nikmat Islam dan Iman.Terima kasih wahai kekasihku...Rasulullah..


Nilai Tudung wanita...

Di dalam Islam,wanita dituntut supaya menutup aurat tidak kira di mana sahaja berada kerana ia lambang kekuatan iman seseorang tetapi semakin diabaikan oleh masyarakat kita ada hari ini.Allah mengingatkan kita supaya tidak menjadi seperti masyarakat jahiliyyah pada zaman dahulu yang tidak mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


" Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tidak memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari,seperti muka dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya)........"

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup aurat.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta seperti intan dan berlian,ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula didalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan syarak.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita,alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita perhatikan di sana sini wanita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar sekolah mahupun pekerja pejabat.

Walaupun pelbagai tudung diperaga dan dipakai,namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher,dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya,malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan dan tidak berhias-hias secara berlebihan yang mana akan menjadi daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wania dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.


kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim.

Kesimpulannya,tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina,banyak berdosa kepada Tuhan mahupun manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan kecil yang mampu kita laksanakan.

Orang-orang bukan Islam akan tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung sebagai medium dakwah. Selama ini kita tidak sedar kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya sebagai pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain, tetapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki zahir dan batin dari masa ke masa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan kepada orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik maka tidak boleh memakai tudung. Aurat wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama perbaikilah kesilapan diri dari semasa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Apabila sudah menutup aurat,cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal solat lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah lembut. Buang sikap suka mengeji dan mengata orang. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita Muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan merasa hormat dan mengakui "Islam is really beautiful". Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu,wahai wanita-wanita Islam sekalian,ayuh! anda mesti mengorak langkah sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Wassalam...